Slide

Monday, August 1, 2011

Assalamualaikum ( Waalaikumusalam )

HYE

Hah ni memang lama GILER aku tak update. Sorrylah kepada sesiapa yang dah berjanggut tunggu aku update blog ni. Dah 5 bulan dah tak update blog.

Okay seperti yang korang semua tau ari ni hari pertama puasa. So, aku cerita dari aku bangun tidur.


5.15 a.m

Biasalah bulan puasakan mestilah kene sahur. So, aku pun sahurlah. Aku makan ayam masak kicap ngan minum air susu Ducth Lady Strawberry. Masa sahur tu kene tunggu abang aku balik dari kerja dan sahur bersama. Lepas azan tu biasalah kene solatlah apa lagi. Lepas solat tu aku mengaji sampai 6.30 a.m pastu siap nak pergi sekolah.

7.30 a.m

Perhimpunan bermula. Biasalah hari Isnin terpaksalah nyanyi lagu, baca ikrar dan dengar cikgu membebel. Masa dengar cikgu membebel tu TIBA -TIBA Kak Yat panggil suruh duduk sebelah tepi sekali AMBIK HADIAH. Aku dapat ping pong johan kot tapi dapat pingat silver. Haish frust kot lagipon 2 orang je dapat hadiah. Aku ngan ade budak jebat tu. Aku no1 die no2 tapi aku dapat pingat silver die dapat pingat gangsa. Takde saper pon dapat pingat emas untuk ping pong tingakatan satu single perempuan. Aku tak kesah pon. Tapikan yang bestnyer masa ambik pingat tu MR.R jadi cameraman. Woohoo best giler time tu masa ambik pingat tu aku sempat lagi jeling jeling kat die pastu gelak sorang sorang. Terukkan aku ni. Kalau orang lain nampak mesti ingat aku ni giler. HAHAHA. Aku akan jadi macam tu setiap kali jumpa ngan die confirm aku akan jadi GILER.

9.00 a.m

Hah setengah jam je lagi nak rehat. Tapi TIBA-TIBA perutku memulas mulas macam nak beranak tau. Selama setengah jam itu diriku rasa terseksa menahan perutku yang sakit GILER. Dengar je bunyi loceng aku orang pertama yang berdiri. Bila ustazah keluar jer aku tarik Tangan Syafikah cepat cepat pergi tandas. HAH lega rasanya. Pastu macam biasalah belajar. Masa BM cikgu baik gilerlah saper yang dah siap boleh TIDUR haha semua buat kerja cepat cepat sebab nak tidur termasuk AKU. Hehehe biasalah penatkan puase.

2.30 p.m
Balik rumah seorang diri huhuhu sedihnye semua malas nak jaln kaki ingatakan dia sorang je ke yang puasa. Pastu sampai je rumah tertidur sampai asar.

7.30 p.m
BUKA PUASA. Yeah akhirnya habis juga aku puasa hari ni. Tapi hari ni tak pergi terawih sebab semua tak larat.

9.45 p.m
Sekarang tamatlah cerita pada hari ni. Hari pertama puasa untuk tahun 2011. Sekarang aku tengah tengok cite SUPERMAK hahaha kelakar kot cite ni.


THE END

Yang Benar
FATIQAH98
( FARAH ATIQAH )