Slide

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum (Waalaikumusalam)

Hye

Lama GILER tak update blog. Last kali kat bawak tu, bulan Januari n sekarang dah March. Sebulan tak update blog.

Okay hari nie aku nak cite dari aku first bangun sampai sekarang

5:30 a.m
Hari ni tetiba aku bangun sendiri tanpa menggunakan alarm clock. GEMPAKKAN. Sebelum subuh tuuu. Tapi aku bukanyer boleh solat subuh pon. Nak tau tak aku dah p...... paham pahamlah yer. start 3.3.2011 tarikh yang bersejarah buatku hahaha.

7:00 a.m
Pergi sekolah. Kat sekolah as usual aku pergi kantin jumpa BUDAK CUTE n jemput dia untuk ke Dataran Gemilang aka tapak perhimpunan. pastu masuk kelas n belajar macam biasa. Tapi adalah gossip2 jap. Syafikah citer Nabil mintak couple ngan Dania. Okay nak tau tak Nabil tu saper. Nabil tu adalah manusia yang selalu mesej2 ngan Dania walupon tak kenal Dania tu saper sebab dia mintak no Dania kat Syarikin. Korang mesti pelikkan. Aku pon dah pening dah nie. Nanti aku citer yang selanjutnya. Kembali kepada tajuk di atas ( walaupon takde tajuk ). Lepas rehat masa BM sape siap kerja dapat gula2 tapi dapat 1 jer. Dan lepastu MATHEMATICS, aku tak siap homework. Yeah jadi aku kena denda. Cuba teka cikgu suruh buat aper. KETUK KETAMPI 50 KALI. wow mesti tak caya kan. MENANAH kaki aku. Dahlah ari Sabtu aritu kena merentas desa. Rasa nak tercabut kaki aku. Kalau masuk surat khabar mesti muka surat depan ' PELAJAR YANG MENDAPAT 5A DIDENDA KETUK KETAMPI 50 KALI KERANA TAK SIAP KERJA SEKOLAH' glamor aku lepas ni HAHAHA. Nak buat camner terima jelah dengan hati yang terbuka. Yelah macam tak biasa ketuk ketampi. Sebelum ni selalu kene ketuk ketampi tau masa main petanque. Salah sikit TURUN 5 kali. Teringat pulak suara Kak Yat menjerit. HAHAHA.Pastu balik

2:30 p.m
Dah abis waktu sekolah. Daniah cakap Abang Izzat nampak kitaorang kena ketuk ketampi MALU SIOT. Abang Izzat pon main petanque jugak. Sebab dah malu kitaorang tak turun kat tempat biasa kitaorang turun jauh2 skit.HEHEHE.
Masa tu abg2 petanque tengah main. Kitaorang pon buatlah homework. yelah dah serik siot.Pastu bila dah mendung camtu diaorang dah balik. Kitaorang mainlah pulak. Tapi sekejap jer. Pastu hujan pon turun. LEBAT GILER. Kitaorang lepak kat kelas Kak Yat. Masa kat kelas Kak Yat kitaorang dapat tengok Live Show daripada peminat fanatik SUPER JUNIOR termasuk Kak Fatin. Dengar jer lagu SUPER JUNIOR macam kena histeria terus menari2. DASYAT. Beberapa jam kemudian cikgu buat pengumuman suruh keluar dari kelas. Kitaorang keluarlah dan lepak di kantin. Dania ngan Aishah main Bingo. Kitaorang join sekali. Abang Sadam ada masa tu dia pon sibuk join sekali. Boleh pulak dia ajak geng dia termasuk Abang Shaban. BEST GILERLAH MASA TU. Pastu bila hujan dah reda, kitaorang pon nak balik. Betul2 nak sampai kat depan pagar ayah sampai. Aku pon baliklah ngan ayah.

7:47 p.m
Sekarang aku tengah update blog, dengar lagu and makan ice-cream. THE END

Yang benar
FATIQAH98
( FARAH ATIQAH )