Slide

Monday, January 24, 2011

Asslamualaikum (Waalaikumussalam)
Jangan lupa jawab salam yer

Hye

Lama tak update blog. hehehe

Okay first aku nak cite masa jumaat lepas

Jumaat, 21 Januari 2011

Tak delah panjang sangat aku nak cite sebab dah lama. Ok aritu aku balik umah jap sebab petanque start pukul 1:30 aku balik 12:30. So, malaslah aku nak buang masa 1 jam kat sekolah. Lagipun, Syikin ada kelas bahasa arab. Dania nak pergi bank. Syafikah pulak nak balik sebab dia tak bawak baju sukan lagipun rumah dia kat depan sekolah jer, jalan lurus jer lintas jalan dah sampai rumah dia. Aku pon baliklah rumah. nasib baik bapak aku ada. So, aku suruhlah bapak aku datang ambik. Pastu, Syafikah janji nak jumpa pukul 1:15. Aku nak jugak datang awal tapi bapak aku cakap " Takpe datang lambat sikit "So, aku datanglah pukul 1:20. Sekali aku tengok kat kantin takde pon dia.

Tiba-tiba aku nampak Syikin dia ajak aku solat zohor. Bile aku sampai surau ramailah jugak tengah solat, tapi kelas Bumi jew. Aku sorang jelah dari kelas Marikh tapi aku tak kesah sangat pon sebab aku ngan budak-budak kelas Bumi rapat sikit. Pastu tengah aku nak pakai telekung kebanyakkannya dah nak bukak telekung. Tiba-tiba kitaorang dengar baru nak azan.Terpaksalah budak2 yang dah solat terpaksa solat balik. So, kitaorang solat jemaahlah.

Bila dah habis solat , aku tengok jam dah pukul 2. Terkejut aku. Aku pon larilah pergi kantin. Nasib baik lari lurus jer. Sekali aku tengok Kak Yati ( kakak yang ajar petanque ) tengah makan. Aku pon cepat-cepat jumpa dia. Aku mintak maaflah sebab lambat. Masa tu Syafikah baru nak sampai. Dia cakap tengah tunggu aku kat depan sekolah. Orang cakap tunggu kat kantin dia mengade-ngade nak tunggu kat depan sekolah tu sape suruh. Jadi akhirnya aku ngan Syafikah kena denda. Kitaorang kena ketuk ketampi 20 kali. Pastu Dania pon sapai ngan Kak Fatin ( kawan Kak Yati ). Dan Dania ceritalah yang dia kene pergi bank.tapi dia tetap kene denda. Tapi 10 kali jelah.

Kitaorang pon berlatih tapi kitaorang cuma kena baling bola tu masuk tayar lah. Susah giler , Setiap kali aku baling mesti nak dekat tapi tak masuk.Pastu ada pengumuman yang ahli rumah Hang Lekiu ( rumah kuning. Masih mengekakalkan rumah sukan yang sama dari tahun lepas. Tahun lepas rumah Hang Lekiu juara) kena berkumpul kat Dataran Gemilang ( tapak perhimpunanlah kiranye ). Aku pon pergilah. Kak Yati, Kak Fatin, Abang Shaban ngan Abang Ikmal pon Rumah Hang Lekiu.Aku duduk baris yang paling depan sekali.

Bila dah habis tu, aku pon pergilah kat padang petanque tu. Tak jauh pon sebelah kantin jew.Aku nampaklah Syafikah ngan Dania tengah main. Aku pon duduk lepak jap.pastu yg senior2 tu nak main game betul2 lah kan.diaorang ajak dania jew. Kecik hati aku ngan Syafikah. Diaorang buat kitaorang macam x wujud je. :(

Aku ngan Syafikah boringlahkan. So, kitaorang jalan2 pusing satu sekolah.pastu kitaorang tengok kelas Bumi dah balik. Aku pon cepat2lah cari Syikin . Aku tanya budak2 kelas Bumi semua xtak nampak dia. pening aku pikir nak balik ngan sapa. Aku selalu balik ngan Syikin n Kak Yati. Tapi aritu Kak Yati dah balik dulu. Tapi Kak Fatin ada lagi tapi rumah dia kat depan sekolah jew. Pastu antara abang2 senior tu ade 1 abang ni rumah dia dekat ngan aku. Mula 2 nak suruh bapak aku ambik jew tapi bila call dia tak dapat. Terpaksalah aku balik ngan Abang Syaban.

Mula2 dia ajak naik bas sebab aku tak biasa aku pon ajak dia naik bas nombor 11 ( maknayer jalan kakilah ). Aku x cakap apa pon . Kalau dia tanya , kadang2 aku angguk kadang2 aku geleng. Kepada sesetengah soalan je aku jawab tu pon sepatah jer. Tapi ada ke patot dia tanya aku ada ke tak masa perjumpaan tadi, padahal aku duduk depan sekali. Tapi akhirnya, sampai jugaklah aku kat rumah. Dia pergi rumah kawan dia kat blok 17.

Dan itu jelah ceritanya

p/s : Kelas Bumi selalu balik lambat. Syikin jarang main petanque

Yang benar,
FATIQAH98
( Farah Atiqah )

Friday, January 14, 2011

Assalamualaikum ( Waalaikummusalam ) hehehe

Hai lama tak update blog. Hari ni dah genap 2 minggu aku sekolah menengah di SMK Sri Pantai. 2 minggu jer. Kebanyakkannyer semua dari sekolah Bangsar. Dan sekarang ni tengah chat dengan Nadia. Ish kacau betullah.

Ok, sekarang aku nak cerita pasal satu mamat nie. Aku rasa tak delah handsome sangat. Handsome sikit jer. Tapi ramai jugak yang suker kat dia. Ish ish ish gatal betoi. Dan my new friend yang agak rapat iaitu Syafikah, dia ni takde taste betoi. Suke kat mamat2 yang pendek jer. (Sorry Syafikah kalau kau bace). Hah, lagi satu, aku dah belajar game baru yang diberi nama Petanque. Pelikkan bunyi die. Alah tapi sebenarnya dia macam lontar peluru jer cuma cara nak baling dengan cara nak main jer lain sikit. Kalau main Petanque ni dia kene baling sedekat mungkit dengan jet kira macam pointer dia lah.Dan kebanyakkannyer semua senior senior kesian Syafikah dia sorang jer tingkatan 1 dalam kelab tu. Aku kelab ping pong. Menyesal betul ambik kelab tu. Terpaksalah tunggu sampai tahun depan untuk masuk kelanb Petanque. Hari-harilah jugak aku belatih dgn akak2 n abang2 Petanque tapi bukan aq sorang jer, Syikin ngan Syafikah pon main sekali.Ada 2 je akak yang aku, syikin ngan syafikah kenal name die kak Yati ngan Kak G. Dan ade 1 abg nie Kak Yat suruh panggil dia Baban. Hahaha lawakkan name tu. Sebenarnya nama abg tu Syaban. Kebanyakkannya Form 4 n 5. Form 6 pon ade.

Hmm ape lagi.

Hah, tadi ada yang kene tukar tukar kelas. Syikin masuk kelas Bumi. Dan banyak budak kelas Musytari masuk kelas aku.pening aku fikir nak balik ngan sape, sebab ramai yang duduk dekat ngan rumah aq masuk kelas Bumi. Kelas Bumi balik lambat, sebab ada macam kelas tambahan. Haduiii.

Tu jer kot aku nak cite. Malas nak taip. hehehe
eh jap lupa nak cakap mamat yang first - first aku cerita tu kitaorang gelarkan die Abby Abadi sbb name dia lebih kurang.Wah ni first time aku taip panjang panjang. Bye

Yang Benar,
Fatiqah98
(FARAH ATIQAH)